Sabtu, 14 Julai 2012

Ajaibnya Doa Ibu Bapa

Assalamualaikum !

Kejayaan hidup seseorang tidak sempurna melainkan hasil daripada peranan ibu bapa. kasih sayang, nasihat dan doa yang dipanjatkan kedua-duanya sangat penting dalam pembentukan karakter anak-anak. Doa yang terbit dari hati dan lisan ibu bapa bernilai sangat besar di sisi Allah S.W.T.

Buta Sewaktu Kecil

Saya yakin, kita semua mengenal Imam al-Bukhari (wafat pada 256 Hijrah). Tidak sedikit yang pernah mendengar namanya disebut. Beliau adalah Muhammad bin Ismail, dan dipanggil dengan Abu adbillah. Buku 'Sahih al-Bukhari' mengandungi hadis-hadis sahih yang tetap menjadi rujukan sejak ribuan tahun yang lalu sehingga ke hari ini.

Diceritakan bahawa Imam al-Bukhari pernah menghidap satu penyakit pada masa kecilnya. Penyakit itu membuatkan mata beliau tidak boleh melihat dengan jelas. Melihatkan keadaan si anak, ibunya menjadi sangat sedih. Setiap saat beliau terus berdoa kepada Allah S.W.T. untuk memebri kesembuhan kepada anaknya.

Pada suatu malam, ibunya bermimpi berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. Baginda berkata kepadanya: "Wahai perempuan, Allah telah mengembalikan penglihatan anakmu kerana doa-doamu." Keesokan harinya, beliau anaknya telah dapat melihat kembali. Kisah ini diceritakan oleh al-hafiz Ibn Hajar dalam Kitab 'Hadyu al-Sari'. Beliau menukilkannya daripada 'Kitab Tarikh Bukhara' dan 'Sharh al-Sunnah'.

Tiket Kebahagiaan

Kisah di atas membuktikan keampuhan doa ibu bapa. Doa mereka boleh meringankan yang berat dan memudahkan yang susah, bahkan memungkinkan sesuatu yang terlihat muslihat. Perkara ini memang pernah diberitakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam pelbagai hadis Baginda.

Salah satunya, terdapat dalam sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud: "Tiga doa yang sangat mustajab, tidak ada keraguan padanya. Iaitu doa orang dizalimi, dao saeoarang musafir, dan doa ibu bapa kepada anaknya." Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, disahihkan oleh Ibn Hibban.

Nabi Muhammad S.A.W. juga menggesa setiap anakyang masih mempunyai ibu bapa untuk menggunakan peluang keemasan ini. Manfaatkan dao mereka untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Kehadiran mereka berdua dalam hidup anak-anak adalah tiket menuju kebahagiaan.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda lagi, mafhumnya: "Rugilah orang yang kedua-dua ibu bapanya, ataupun salah seorang daripadanya masih hidup, namun dia tetap tidak masuk syurga." Diriwayatkan oleh al-Tirzmidzi. Hadis ini sahih menurut Ibn Hibban.

Nasihat Ibu Bapa

Saya akur, untuk mendengar nasihat ibu bapa bukan perkara mudah. Kebanyakan remaja sangat berat untuk mendengar nasihat, apatah lagi arahan ibu bapanya. Mereka selalu merasakan ibu bapa tidak memahami mereka. Perkara ini bertambah sukar apabila antara ibu bapa dan anak terpisah dengan jarak usia yang jauh.

Namun begitu, kita perlu ingat bahawa redha Allah bersama redha ibu bapa. Sesiapa yang meninggikan darjatnya di dunia dan akhirat. Ganjaran besar sedia menanti buat setiap anak yang mahu mendengar dan menghormati ibu bapanya dengan rendah hati. Cubalah perkara ini sekarang, anda akan merasakan perbezaannya dalam hidup anda.

Setiap kali menemui masalah, cubalah kemabli kepada ibu bapa. Minatlah nasihat dan tunjuk ajar mereka. Dengarkan dengan khusyuk mutiara nasihat yang mereka katakan. Walaupun mereka tidak memberikan jalan keluar, ucapan mereka merupakan doa. Dan ingat, doa ibu bapa sangat mustajab.

Balasan Berbakti

Daripada Aisyah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Ketika aku berjalan-jalan di dalam syurga, tiba-tiba aku terdengar suara seseorang sedang membaca al-Quran. Lalu aku bertanya: "Siapakah orang itu? (Malaikat) menjawab: "Dia adalah Haritah bin Nu'man." Nabi Muhammad S.A.W. lalu besabda yang bermaksud: "Itulah balasan berbakti kepada ibunya." Hadis ini diriwayatkan dan disahihkan oleh Ibn Hibban.

Ucapan Nabi Muhammad S.A.W. ini disampaikan apabila Nu'man masih hidup kerana beliau wafat pada masa pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan. Jadi, beliau telah dijamin masuk syurga sebelum beliau meninggal dunia. Subhanallah, sungguh besar balasan anak yang berbakti.

Semoga Allah mengampuni dosa kedua-dua ibu bapa kita, menerima seluruh amal ibadah mereka, dan mengangkat darjat kita sebagai anak-anak yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya. Amin ya Rab al-'alamin.

Anekdot: Berkat Doa Ibu

Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh al-Hafiz al-Dzahabi dalam Siyar A'lam al-Nubala. Kisah itu berkenaan riwayat hidup Imam Sulaim bin Ayub al-Razi (wafat pada 447 Hijrah). Beliau seorang ulama besar mazbah al-Syafie'i di Kota Ray.

Ketika berusia 10 tahun, Sulaim al-Razi belajar al-Quran daripada guru. Apabila disuruh membaca al-Fatihah, beliau banyak melakukan kesalahan. Meskipun berkali-kali mencuba, beliau tetap tidak dapat membaca dengan betul.

Gurunya lalu bertanya: "Ibumu masih hidup?" Sulaim berkata: "Ya." Gurunya berkata lagi: "Minta ibumu berdoa agar kamu dipermudahkan membaca al-Quran dan semua ilmu." Sulaim pulang ke rumah dan melakuakn seperti yang diperintahkan gurunya. Beberapa tahun selepas itu, Sulaim al-Razi terkenal sebagai seorang ulama beasr. Bahkan, kebesaran namanya masih hidup sehingga ke hari ini.

Info Sisi:
"Peranan seorang anak berterusan walaupun ibu bapa telah tiada. Antaranya seperti berdoa agar diampunkan dosa mereka, menyelesaikan janji atau hutang mereka serta menyambung silaturahim dengan kaum kerabat dan rakan-rakn mereka."

Thank you for reading this entry !

2 ulasan :

  1. sesiapa yang mempunyai ibu bapa untuk menggunakan peluang keemasan ini. Manfaatkan dao mereka untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Kehadiran mereka berdua dalam hidup anak-anak adalah tiket menuju kebahagiaan.

    BalasPadam
  2. Wah hebatla fakhrur.. anak yg soleh.. i'm proud of u

    BalasPadam