Selasa, 24 Julai 2012

Resepi: Bubur Ayam Havermut

Assalamualaikum !

Sudah tiba Bulan Ramadhan. Do you are enjoy to like Ramadhan month to do many benefits and blessing from Allah? Keadaan aku tak ubah seperti seorang homeless yang tiada arah tujuan tapi aku suka memasak giler sebagai satu hobi saya. Haha.. Expect, aku ada di rumah. Sarapan pagi dengan bubur ayam memang menjadi kenikmatan tersendiri. Anda juga dapat menambah pangsit sebagai bahan pelengkapnya. Yang membuat sarapan kita semakin lengkap dan nikmat.

Yes, resipi bubur ayam havemut lah! Kenapa aku buat resipi bubur ayam havemut pulak? Mestilah sebab Fatin Nur Ain, adik bongsu saya yang suka makan ni. Taklah aku la tu yang suka makan bubur ayam havermut haha. Dia selalu minta aku membuat bubur ni tapi tak menjadi. Kerana aku hanya selalu membuatnya pada musim bulan Ramadhan.

Eh! Adik Fatin, geramnya aku. Kerana sudah tiba masanya, saya membuat bubur. Hihi T.T (menangis). Seriusnya wey! Okey, aku cuba berkongsi resepi ni kepada anda semua ya tapi bahan-bahan ini susah nak memcari untuk membelinya. Aku yakin anda semua boleh membeli bahan-bahannya di semua Kuala Lumpur kalau tak mampu membelinya, mintak dengan pihak hotel bertaraf 5 bintang lahhh. Haha. Hanya saya bergurau! Saya membeli bahan-bahannya dari Kedai Supermarket. Baeklah ni ikut resepi yang aku buat selalu, alhamdulillah tak pernah la tak jadi lagi setakat ni.


Yummy!! Sangat sedap sambil rasa bahagia.. Awesome !!

: Bahan-Bahan :
1 ekor ayam (pilihan)* aku pakai ayam kampung
2 liter air
200 gram havermut
2 siung bawang putih, cincang kasar
1 cm jahe, memarkan
1 senduk teh kecap asin jepang
1/2 sendok makan garam
1/4 sendok teh merica bubuk
1 butir telur
1 sendok teh minyak wijen
1 sendok makan margarin, untuk menumis
*terpulang

: Bahan Pelengkap :
5 lembar pangsit, potong kotak kecil, goreng
2 batang duan bawang kecil

: Bahan Sambal :
5 buah cabit rawit hijau, iris-iris
3 sendok makan kecap asin

: Cara-cara :
1. Rebus ayam kampung di dalam air hingga empuk. Saring. Ukur kaldu 1200 ml. Suwir-suwir ayam.
2. Tumis bawang putih dan jahe sampai harum. Masukkan kecap jepang, garam, merica bubur, dan gula pasir. Aduk rata. Tuang kaldu. Aduk hingga mendidik.
3. Masukkan havermut. Aduk hingga mengental dan havermut matang. Tambahkan telur. Aduk hingga berserabut. Masukkan minyak wijen. Aduk rata.
4. Sajikan bersama suwir ayam, pangsit, daun bawang dan sambalnya.
* Untuk 8 porsi sahaja.

Saya buat 2 aduan mangkuk. Semalam ada saudara sedara datang, murah rezeki diorang sebab still ada 1 aduan mangkuk left dalam fridge. Jadi saya hidangkan dorang dengan bubur ni untuk bersahur. Gembira betul sebab bubur saya laku. Lembut hehe. Mak selalu pesan kat saya, jangan kedekut hidang makanan untuk tetamu, sebab dorang ni bawa rezeki kat kite =). Oh ya selamat bercuba!

Thank you for reading for this entry !

Khamis, 19 Julai 2012

Jom belajar Bahasa Isyarat Malaysia !

Assalamualaikum !

Alhamduillah, syukur kita diberi kesihatan untuk meneruskan hidup dan beramal atas perintah-Nya. Siapakah anda semua mahu belajar bahasa isyarat? Anda tidak tahu tentang bahasa isyarat? Tak mengapa, saya akan mengajar bahasa isyarat kepada anda semua. Tapi saya perlukan penjelasan tentang bahasa isyarat dulu agar anda semua mudah memahaminya.

Sebagai komuniti pekak berkembang, manusia mula menyeragamkan tanda-tanda, membina perbendaharaan kata yang kaya dan tatabahasa yang wujud secara bebas daripada apa-apa bahasa lain. Seorang pemerhati kasual perbualan yang dijalankan dalam bahasa isyarat mungkin menyifatkan ia sebagai anggun, dramatik, terburu-buru, komik atau marah tanpa mengetahui apa tanda tunggal bermakna.

Malah dalam sebuah negara, anda boleh menghadapi variasi dan dialek serantau seperti mana-mana bahasa pertuturan, anda pasti untuk mencari orang-orang di rantau yang berbeza yang menyampaikan konsep yang sama dengan cara yang berbeza. Ia mungkin kelihatan aneh kepada orang-orang yang tidak bercakap bahasa isyarat, tetapi negara-negara yang berkongsi bahasa pertuturan yang tidak sama semestinya berkongsi bahsa isyarat yang biasa. 


Okey yer anda semua... Hari ini kita belajar BIM nak?? Kenapa?? Sebab nanti senangla kita nak berkomunikasi dengan orang pekak. Kalau kita nak belajar apa pon mestilah dari bawah, betul tak? Sekarang ini kita belajar yang basic dulu dahla yer. Jangan ingat mudah nak belajar ni, boleh berkehel tangan dan jari tu nanti, silap-silap hari bulan masuk hospital la pulak. Haha.. Sekarang jom belajar... Layannnn, baik belajar jangan belajar pulak... Hihi..

HURUF



ANGKA


Dah? Faham tak? Kalau tak faham, cubalah.. Jangan putus asa ! =)

Sesiapa mahu melihat video Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ada sebuah 5 video di bawah iaitu:
-Mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia
    Selain itu, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri ke-6 Malaysia sedang mempelajari bahasa isyarat malaysia melalui video ini iaitu click it for view video dan Aliff Satar, Penyanyi Malaysia juga mempelajari bahasa isyarat malaysia dengan menggunakan muzik yang bertajuk ialah "Lelaki seperti Aku" iaitu click it for view video.. Bagus la mereka sudah mempelajari bahasa isyarat malaysia. Anda bagaimana?

    Bercakap dengan Tangan

    Walaupun ia adalah benar bahawa anda tidak perlu untuk menyanyi apabila menggunakan bahasa isyarat dengan orang lain, kebanyakan orang masih memanggil proses berkomunikasi melalui bahasa isyarat "bercakap." Dalam artikel ini, kami akan menggunakan terma bercakap dan menandatangani silih berganti.

    Jika anda adalah pendengar dalam perbualan bahasa satu tanda, anda menerima tanda-tanda, anda menerima tanda-tanda. Majlis menandatangi orang penceramah, dan orang yang menonton adalah penerima. Apabila menerima, anda perlu memberi fokus pada muka dan mata orang yang bercakap, menggunakan pernglihatan periferal anda untuk menonton isyarat tangan. Kebanyakan makna di dalam bahasa isyarat datang di seberang dalam ekspresi muka, dan dengan memberi tumpuan semata-mata kepada tangan orang yang bercakap itu, anda mungkin akan menyalahtafsiran apa yang penceramah cuba untuk berkomunikasi.


    Kalau berminat untuk mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang lain, sila telefon, Cik Suzie, Pegawai Perhubungan Persatuan untuk membuat pendaftaran. Dan datang ke pejabat Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Pekak (PESIBA) untuk mengadakan kelas BIM. Jangan risau, ada mengajar dari Tenaga Pendidik ialah seorang pekak yang boleh mendengar dan bercakap kerana dia memakai alat bantuan pendengaran.

    Anda boleh menghubungi Pesiba di bawah:
    Alamat: Pesiba Smart Centre
                403, Tingkat 3, Jalan Tunku Abdul Rahman,
                50100 Kuala Lumpur. (Hadapan Mydin Chow Kit)
    Telefon & Fax: 03-26972113
    Email: pesibakl@yahoo.com
    Hot Lines & SMS: 017-2892254
    Yuran Pendaftaran: RM 5 seorang
    Masa: 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.


    P/S:
    1. Sebenarnya bahasa isyarat ini banyak, ada Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM), Signed Exact English (SEE), Pidgin Signed English (PSE), Amerian Sign Language (ASL), tu semua lain kali ok. Panjang lebar untuk menerang semua tu, belajar banyak-banyak pon tak guna kalau tak paham apa yang kita belajar tu yer tak?
    2. Aku malas dan tak ada kemudahan yang mengizinkan aku buat macam ni. So aku ambil keputusan untuk bagi job ni sama dalam Google dan YouTube. Terima kasih yer kepada sesiapa yang buat semua ni, amatlah berguna =)
    Thank you for reading for this entry !

    Rabu, 18 Julai 2012

    Mari Menjadi Sebaik-baik Manusia

    Assalamualaikum !

    "Cikgu, tengok dia ni. Dia pijak kaki saya!" jerit Amir yang berumur lima tahun.
    "Tidak, Ihsan terpijak. Saya minta maaf dengan Amir."
    "Mama, Zakir ambil mainan Mat."
    "Mat, Zakir bukan ambil tapi pinjam. Tadi Mat janji hendak main bersama-sama Zakir bukan?"

    Ah, bermacam-macam kerenah anak-anak kecil! Ada yang tidak boleh tersiku, terlanggar atau terpijak kaki. Cepat sahaja hendak bergaduh. Ada yang mengadu kepada ibu bapa seolah-olah perbuatan itu disengajakan. Kemudian, si ibu bapa yang kurang usul periksa terus bertindak memberi amaran kepada si pesalah kecil yang tidak tahu apa-apa.

    Memang ada anak-anak yang gemar mnegusir kawan-kawannya, mungkin sudah terbiasa dibuli oleh abang atau kakak yang lebih tua di rumah. Ada pula anak-anak yang tidak banyak kerenah. Walaupun sakit hati, tetapi tidak merungut mahupun berdendam. Ada pula yang mudah memaafkna tanpa disuruh. Jika membuat kesalahan, sekali mereka dimarahi, pasti tidak akan mengulanginya.

    Adakah sikap anak-anak ini sesuatu yang semula jadi? Tidak, ia mesti dipupuk di rumah dan bermula daripada peranan ibu dan ayah.

    Sejak kecil lagi, anak-anak perlu dimesrakan dengan istilah ibadah. Mengapa? Hal ini kerana tujuan manusia diciptakann adalah untuk sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T. Jadi,mereka perlu tahu bahawa belajr itu merupakan satu ibadah. Mereka juga perlu tahu bahawa menjamah makanan juga boleh menjadi ibadah. Bermain juga boleh menjadi ibadah jika mengikut syarat-syaratnya. Begitu juga dengan berkawan dan bermasyarakat yang boleh menjadi ibadah. Biarlah anak-anak mengetahui bahawa mereka hidup bukan semata-mata unutk makan, minum, tidur dan berkahwin sahaja. Mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab besar kepada Allah S.W.T. dan akan ditanya setiap perkara yang dilakukannya.

    Apabila mengetahui dengan jelas tujuan hidup, mereka akan mensia-siakan waktu dengan membuat keburukandan dosa. Sebaliknya, jiwa mereka bersedia untuk dibimbang menjadi seorang yang soleh dan solehah. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Tabarani)

    Menjadi Sebaik-baik Manusia

    Mari kita berusaha menjadikan anak-anak kita saebaik-baik manusia sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda S.A.W. Memberi manfaat ini sudah tetu sinonim dengan membuat kebaikan. Apakah yang boleh kita lakuakn untuk menjadikan anak-anak sebaik-baik manusia?

    1. Selalu Berpesan
        Berpesan kepada anak-anak; jika inginkan kebaikan, kita mestilah terlebih dahulu menjadi baik. jika hendak menjadi baik, kita mesti berbuat baik kepada orang lain. Apabila berbuat baik kepada orang lain, barulah kita mendapat kebaikan. Bukannya berharap supaya orang lain berbuat baik kepada kita.

    Misalnya di sekolah anak-anak mungkin bertemu dengan kawan-kawan yang suka bergaduh, atau sukamengambil barang sesuka hati, salinh berdengki, cepat marah dan sebagainya. Jelaskan kepada mereka bahawa dalam berkawan banyak menguji kesabaran diri.

    Setelah selesai solat Subuh, katakan kepada anak-anak: "Hari ini ibu ingin melihat Amir memberik kebaiakn kepada orang lain. Mengapa? Rasulullah S.A.W. ialah manusia yang sangat memberi manfaat kepada orang lain. Baginda S.A.W. suka menyenangkan dan disenagi orang lain. Jika ingin duduk bersam-sama dengan Rasulullah S.A.W. di syurga, marilah kita membuat banyak kebaikan pada hari ini. Allah S.W.T. suka, mama dan ayah pun suka."

    Banyakkan menerapkan anak-anak dengan akhlak terpuji Rasulullah S.A.W. Secara tidak langsung, kita melazimkan diri mereka untuk berniat sebelum keluar dari rumah untuk menuju ke tempat lain. Mereka akan membawa satu misi iaitu membuat sebanyak-banyak kebaikan kerana Allah S.W.T. Tidak perlu membuat perkara yang besar, lazimkan mereka membuat ibadah yang kecil-kecil pun sudah mencukupi misalnya salam.

    2. Memberi Salam
        Memberi salam termasuk dalam perkara yang amat digalakkan oleh Rasulullah S.A.W. Ia boleh menjadi penyebab orang yang menyebarkan salam memasuki syurga di samoing selamat di dunia dan akhirat sebagaimana sabda Baginda, maksudnya: "Sebarkan salam, nescaya kamu semua akan selamat." (Riwayat Ahmad)

    Nasihat anak-anak agar memberi salam kepada ibu, ayah, abang, kakak dan adik-adik pada setiap pagi. Jika bertembunug dengan jiran apabila keluar dari rumah, ringankan mulut memberi salam. Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang keperluan memberi salam jika berjumpa dengan orang yang sama. Baginda mengiyakan. Ini menunjukkan betapa besar keutamaan memberi salam, bukan sahaja sebagai satu doa tetapi merapatkan silatuhrahim. Begitu juga apabila bertembung dengan guru-guru, orang yang lebih tua dan rakan di sekolah.

    Bagaimana pula dengan orang yang tidak dikenali, adakah perlu memberi salam kepada mereka? Rasulullah S.A.W. pernah ditanya apakah amalan yang terbaik. Baginda menjawab, maksudnya: "Berikan makan dan ucapan salam, baik kepada orang yang kamu kenal atau tidak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Minta anak-anak supaya memberi ucapan salam yang sempurna iaitu "Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh." Begitu juga apabila mereka menjawab salam, biasakan dengan menjawab sebagai "Walaikumussalam Warahmatullah Wabarakatuh." Ketahuilah, dalam ucapan salam ini mengandungi pekataan al-salam (sejahtera), rahmat dan berkat.

    Fahamkan anak-anak bahawa dalam hidup ini kita memerlukan kesejahteraan, rahmat dan keberkatan-Nya. Tanyakan kepada anak-anak jumlah orang yang telah mereka berikan salam pada hari itu. Jika hanya dua atau tiga orang, ibu bapa perlu menggalakkan mereka agar menambah angka tersebut.

    3. Memberi Senyuman
        Katakan kepada anak-anak, berilah senyuman keapda sesiapa yang ditemui. Ia salah satu sedekah yang paling murah namun berpahala. Apabila bangun pagi, berilah senyuman yang manis kepada ibu dan ayah. Niatkan dengan senyuman ini dapat menggembirakan hati mereka yang terpaksa meredah jalan ke tempah kerja pada awal pagi. Apabila mereka pulang dalm keletihan nanti, penawarnya senyuman si anak. Begitu juga menggalakkan mereka senyum apabila berjumpa kawan-kawan.

    4. Berkongsi
        Ada kalanya, berkongsi adalah perkara yang sukar bagi anak-anak. Pernah seorang ibu terpaksa membeli  buku cerita yang sama tajuknya bagi keempat-empat orang anaknya. begitu juga dalam soal makan, mereka selalu bergaduh jika tidak mendapat seketul ayam seorang. Si ibu tadi terpaksa menurut kemahuan mereka kerana tidak sanggup mendengar pertelingakahan setiap hari. Amalan tidak suka berkongsi ini dibawa juga ke sekolah seperti tidak boleh berkongsi tempat berduduk, pensel warna, pemadam dan sebagainya.

    Katakan kepada anak-anak, berkongsi melatih diri supaya memeningkan orang lain. Jika melihat kawan tidak makan, ajak mereka makan bersama. Allah S.W.T. memberkati hidangan yang banyak tangan di dalamnya. Si ibu pula rajin-rajinlah menyediakan bekalan makanan yang lebih suapaya boleh dikongsi. Rasulullah S.A.W. tidak makan bersendirian. Baginda pasti mengajak sama ada isteri atau sahabat makan bersama. Inilah rahsia kecintaan atau ikatan kukuh antara sahabat. Oleh sebab itu, anak-anak perlu sering diingatkan suapaya membantu atau berkongsi perkara yang baik sama ada di rumah atau di tempat lain.

    5. Doa-Mendoakan
        Doa ialah senjata ampuh orang Mukmin dan mereka memperbanyakkan doa setiap hari. Malangnya, ibu bapa jarang memupuk rasa tanggungjawab berdoa ini kepada anak-anak terutama remaja. Ada yang menganggap doa-doa misalnya dao memakai baju, belajar, keluar dari rumah, menaiki kenderaan dan lain-lainuntuk peringkat tadika sahaja dan ia ternyata salah.

    Anak-anak perlu tahu bahawa berdoa bukan hanya untuk diri sendiri. Galakkan anak-anak berdoa unutk ibu, ayah, dan adik beradiknya. Ajarkan mereka cara mendoakan kawan-kawan, misalnya:
    "Ya Allah, sihatlah sahabatku Zikri yang selalu sakit dan kerap tidak datang ke sekolah."
    "Ya Allah, berilah semangat kepada cikgu kami ketika mengajar. Semoga dia sabar mengajar kami."
    "Ya Allah, berilah kejayaan kepada kami semua supaya mudah menjawab dalam peperiksaan."

    Kenangan bagaimana Rasulullah S.A.W. selalu mendoakan umat Baginda. Baginda juga dikatakan pernah mendoakan orang bukan Islam yang sedang mengahadapi kesulitan, inilah kita sesama Muslim. Fahamkan anak-anak salah satu cara supaya dao dimabkulkan Allah S.W.T. ialah kita mendoakan orang lain.

    Berazam untuk Menjadi Lebih Baik

    Inilah prinsip hidup Rasulullah S.A.W. Baginda pernah ditanya oleh sahabat tentang siapa orang paling beruntung, Baginda menjawab, maksudnya: "Sesiapa yang keadaan pada hari ini kualiti hidupnya lebih baik daripada semalam, dialah orang beruntung."

    Jadi, ibu dan bapa berperanan untk selalu bertanya kepada anak-anaknya tentang kebaikan yang telah dilakukan, jumlah orang yang mereka doakan, bantu dan sebagainya. "Hari ini abang tak buat bising dalam kelas. Abang dengar semua yang cikgu ajar."

    "Alhamduillah, syukur kepada Allah S.W.T. memudahkan abang sewaktu belajar." "Adik sudah kemaskan permainan dan masukkan ke dalam kotak." "Terima kasih kerana dengan izin Allah S.W.T., adik telah menolong ibu. Rumah kita pun bersih."

    Semoga cara didikan di atas dapat mendidik anak-anak kita menjadi sebaik-baik manusia. Jika misi ini berjaya, masalah gejala sosial dapat dikurangkan. Semuanya perlu berbalik kepada agama yang sentiasa benar iaitu Islam. Biarlah nilai-nilai murni sentiasa menjadi pakaian mereka walau di mana berada.

    Thank you for reading this entry !

    Selasa, 17 Julai 2012

    Singkat Tapi Terisi !

    Assalamualaikum !

    "Dalam suatu keadaan yang memerlukan kita menunggu seseorang sama ada rakan untuk sama-sama pergi ke dewan kuliah, pensyarah masuk ke dalam dewan ataupun menunggu makanan yang dipesan siap, terdapat satu tempoh waktu yang boleh dinamakan sebagai tempoh waktu singkat."

    Biarpun ia hanya satu tempoh waktu yang agak singkat, tetapi ramai orang yang tidak mengambil berat tentangnya. Bukankah seorang penjaga masa yang baik tidak akan mensia-siakan masanya walau dalam apa jua keadaan?

    Tempoh Masa Tersingkat

    Sebagai seorang yang sentiasa peka dengan waktu solat, pasti dia dapat membuat perbezaan antara satu waktu solat dengan waktu solat yang lain dari segi tempoh waktunya.

    • Tempoh Waktu Terpanjang: Antara Isyak dengan Subuh.
    • tempoh Waktu Tersingkat: Antara Maghrib dengan Isyak.

    Namun, tempoh waktu tersingkat ini seringkali tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kebanyakan orang. Buktinya? lihat sahaja berapa ramai orang yang masih berada di padang bola biarpun azan Maghrib sudah lama berkumandang. Ada juga yang masih terlalu asyik menyiapkan laporan dan kerja yang bertimbun tanpa menyedari siang sudah bertukar kepada malam.

    Setiap orang seharusnya mengambil perhatian terhadap tempoh tersingkat ini kerana apabila seseorang itu lalai dalam urusan keduniaannya, dia akan terlepas waktu solat Maghrib. Dalam tempoh masa kurang dua jam, fardu Isyak. Sudahlah tempoh tersingkat ini tidak dapat dimanfaatkan, kewajipan utama untuk menunaikan solat Maghrib turut tidak dapat dilaksanakan.

    Tahniah buat mereka yang dapat menanti masuknya waktu solat Isyak setelah selesai menunaikan solat Maghrib! Berbahagialah orang yang mengisi tempoh waktu yang ada dengan perkara yang dapat mendekatkan dirinya dengan Allah S.W.T. dan berusaha untuk tidak memenuhkan tempoh masa tersingkat ini dengan sesuatu yang tidak bermanfaat.

    Berlumba-lumba Mengerjakan Kebaikan

    Apabila seseorang itu ada rasa ingin berlumba-lumba uintuk meraih kebaikan dalam setiap perkara, dia akan menghargai dan menggunakan masa yang ada di hadapannya dengan sebaliknya. Kebaikan itu sudah tentulah bukan untuk mengejar pujian dan hak keduniaan semata-mata,bahkan dirinya berusaha untuk berlumba-lumba memenuhkan masa hidupnya dengan ibadah. Dia sedar ibadah itu bukan bertumpu pada amalan wajib seperti solat, zakat dan puasa sahaja, tetapi menjadikan perkara yang berlaku si sekelilingnya sebagai peluang untuk menggandakan lagi amalan kebaikan.

    Dalam mencari idola untuk melakuan kebaikan,Allah S.W.T. menerangkan perihal para Nabi yang berlumba-lumba mencari kebaikan dengan perasaan berharap dan takut kepada Allah S.W.T.,

    A090

    Firman Allah S.W.T. maksudnya: "Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentaisa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami." (Surah al-Anbiya' 21:90)

    Selain itu, Allah S.W.T. juga mengiktiraf orang yang menyeru kepada perkara yang baik, melarang daripada melakukan larangan-Nya serta yang berlumba-lumba ke arah kebaikan sebagai orang yang soleh seperti yang terdapat dalam firman-Nya menerusi ayat 114 dalam surah Ali 'Imran. Allahuakbar!

    A114

    Firman Allah bermaksud: Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

    Pendek Tetapi Terisi

    "Ala, masa pendek sahaja pun. Bagilah peluang untuk kami berehat," rungutan seperti inilah yang biasa diberikan. Tidak perlulah mengistilahkan tempoh waktu yang pendek sebagai alasan untuk seseorang tidak melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat. Ambillah sedikit waktu tidur untuk berehat dan melepaskan keletihan, namun jangan terlebih kuantiti yang diperlukan oleh seorang manusia normal.

    Benar, tidur adalah ibadah tetapi bukan dengan cara untuk membalas waktu tidur yang tidak digunakan sebelum ini. Andai rutin tidur itu daiplikasi dengan tepat dan betul, pasti tiada istilah "mengqadak tidur". Tempoh waktu yang singkat sepatutnya diisi dengan baik. Biar singkat, asalkan terisi. Jadilah sepeti ahli sufi yang tidak mengenal waktu rehat dalm hidup mereka. Mereka sentiasa mengisi masa mereka sama ada masa yang panjang ataupun singkat dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Setiap perbuatan dijadikan ibadah hanya kerana Allah dan kita tidak  mengetahui waktu kematian kita nanti.

    Info Sisi:
    Saranan pengisian antara waktu Maghrib dengan Isyak:
    • Mengaji
    • mengulang kaji pelajaran
    • Solat sunat rawatib selepas Maghrib
    • Mendengar kuliah agama
    • Membantu keluarga menyediakan hidangan

    Semoga anda mendapat amalan-amalan yang kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T agar dirahmati dan dimurahkan rezeki.. Amin Ya Rab al-'alamin dan Wassalam..

    Thank you for reading this entry !

    Sabtu, 14 Julai 2012

    Ajaibnya Doa Ibu Bapa

    Assalamualaikum !

    Kejayaan hidup seseorang tidak sempurna melainkan hasil daripada peranan ibu bapa. kasih sayang, nasihat dan doa yang dipanjatkan kedua-duanya sangat penting dalam pembentukan karakter anak-anak. Doa yang terbit dari hati dan lisan ibu bapa bernilai sangat besar di sisi Allah S.W.T.

    Buta Sewaktu Kecil

    Saya yakin, kita semua mengenal Imam al-Bukhari (wafat pada 256 Hijrah). Tidak sedikit yang pernah mendengar namanya disebut. Beliau adalah Muhammad bin Ismail, dan dipanggil dengan Abu adbillah. Buku 'Sahih al-Bukhari' mengandungi hadis-hadis sahih yang tetap menjadi rujukan sejak ribuan tahun yang lalu sehingga ke hari ini.

    Diceritakan bahawa Imam al-Bukhari pernah menghidap satu penyakit pada masa kecilnya. Penyakit itu membuatkan mata beliau tidak boleh melihat dengan jelas. Melihatkan keadaan si anak, ibunya menjadi sangat sedih. Setiap saat beliau terus berdoa kepada Allah S.W.T. untuk memebri kesembuhan kepada anaknya.

    Pada suatu malam, ibunya bermimpi berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. Baginda berkata kepadanya: "Wahai perempuan, Allah telah mengembalikan penglihatan anakmu kerana doa-doamu." Keesokan harinya, beliau anaknya telah dapat melihat kembali. Kisah ini diceritakan oleh al-hafiz Ibn Hajar dalam Kitab 'Hadyu al-Sari'. Beliau menukilkannya daripada 'Kitab Tarikh Bukhara' dan 'Sharh al-Sunnah'.

    Tiket Kebahagiaan

    Kisah di atas membuktikan keampuhan doa ibu bapa. Doa mereka boleh meringankan yang berat dan memudahkan yang susah, bahkan memungkinkan sesuatu yang terlihat muslihat. Perkara ini memang pernah diberitakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam pelbagai hadis Baginda.

    Salah satunya, terdapat dalam sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud: "Tiga doa yang sangat mustajab, tidak ada keraguan padanya. Iaitu doa orang dizalimi, dao saeoarang musafir, dan doa ibu bapa kepada anaknya." Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, disahihkan oleh Ibn Hibban.

    Nabi Muhammad S.A.W. juga menggesa setiap anakyang masih mempunyai ibu bapa untuk menggunakan peluang keemasan ini. Manfaatkan dao mereka untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Kehadiran mereka berdua dalam hidup anak-anak adalah tiket menuju kebahagiaan.

    Nabi Muhammad S.A.W. bersabda lagi, mafhumnya: "Rugilah orang yang kedua-dua ibu bapanya, ataupun salah seorang daripadanya masih hidup, namun dia tetap tidak masuk syurga." Diriwayatkan oleh al-Tirzmidzi. Hadis ini sahih menurut Ibn Hibban.

    Nasihat Ibu Bapa

    Saya akur, untuk mendengar nasihat ibu bapa bukan perkara mudah. Kebanyakan remaja sangat berat untuk mendengar nasihat, apatah lagi arahan ibu bapanya. Mereka selalu merasakan ibu bapa tidak memahami mereka. Perkara ini bertambah sukar apabila antara ibu bapa dan anak terpisah dengan jarak usia yang jauh.

    Namun begitu, kita perlu ingat bahawa redha Allah bersama redha ibu bapa. Sesiapa yang meninggikan darjatnya di dunia dan akhirat. Ganjaran besar sedia menanti buat setiap anak yang mahu mendengar dan menghormati ibu bapanya dengan rendah hati. Cubalah perkara ini sekarang, anda akan merasakan perbezaannya dalam hidup anda.

    Setiap kali menemui masalah, cubalah kemabli kepada ibu bapa. Minatlah nasihat dan tunjuk ajar mereka. Dengarkan dengan khusyuk mutiara nasihat yang mereka katakan. Walaupun mereka tidak memberikan jalan keluar, ucapan mereka merupakan doa. Dan ingat, doa ibu bapa sangat mustajab.

    Balasan Berbakti

    Daripada Aisyah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Ketika aku berjalan-jalan di dalam syurga, tiba-tiba aku terdengar suara seseorang sedang membaca al-Quran. Lalu aku bertanya: "Siapakah orang itu? (Malaikat) menjawab: "Dia adalah Haritah bin Nu'man." Nabi Muhammad S.A.W. lalu besabda yang bermaksud: "Itulah balasan berbakti kepada ibunya." Hadis ini diriwayatkan dan disahihkan oleh Ibn Hibban.

    Ucapan Nabi Muhammad S.A.W. ini disampaikan apabila Nu'man masih hidup kerana beliau wafat pada masa pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan. Jadi, beliau telah dijamin masuk syurga sebelum beliau meninggal dunia. Subhanallah, sungguh besar balasan anak yang berbakti.

    Semoga Allah mengampuni dosa kedua-dua ibu bapa kita, menerima seluruh amal ibadah mereka, dan mengangkat darjat kita sebagai anak-anak yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya. Amin ya Rab al-'alamin.

    Anekdot: Berkat Doa Ibu

    Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh al-Hafiz al-Dzahabi dalam Siyar A'lam al-Nubala. Kisah itu berkenaan riwayat hidup Imam Sulaim bin Ayub al-Razi (wafat pada 447 Hijrah). Beliau seorang ulama besar mazbah al-Syafie'i di Kota Ray.

    Ketika berusia 10 tahun, Sulaim al-Razi belajar al-Quran daripada guru. Apabila disuruh membaca al-Fatihah, beliau banyak melakukan kesalahan. Meskipun berkali-kali mencuba, beliau tetap tidak dapat membaca dengan betul.

    Gurunya lalu bertanya: "Ibumu masih hidup?" Sulaim berkata: "Ya." Gurunya berkata lagi: "Minta ibumu berdoa agar kamu dipermudahkan membaca al-Quran dan semua ilmu." Sulaim pulang ke rumah dan melakuakn seperti yang diperintahkan gurunya. Beberapa tahun selepas itu, Sulaim al-Razi terkenal sebagai seorang ulama beasr. Bahkan, kebesaran namanya masih hidup sehingga ke hari ini.

    Info Sisi:
    "Peranan seorang anak berterusan walaupun ibu bapa telah tiada. Antaranya seperti berdoa agar diampunkan dosa mereka, menyelesaikan janji atau hutang mereka serta menyambung silaturahim dengan kaum kerabat dan rakan-rakn mereka."

    Thank you for reading this entry !

    Khamis, 12 Julai 2012

    Resepi: Tang Yuan

    Assalamualaikum !

    Siapakah anda semua apa maksud itu "Tang Yuan"? Anda tak tahu itu ke? Haha.. Ok saya akan beritahu apa itu Tang Yuan? Dia adalah makanan masakan bola pulut yang dihidangkan dalam air rebusan yang manis. Dalam budaya Cina, ia secara tradisinya disampaikan kepada Dong Zhi, solstis musium sejuk. Oleh makan Tang Yuan, anda mengalu-alukan di musium sejuk dan menjadi satu tahun lebih tua. Tang Yuan membuat snek musium sejuk yang lazat dan mudah disediakan. Ia boleh dinikmati pada bila-bila masa tahun. Jangan risau makanan itu adalah halal bukannya saya nak meniru buatnya orang Cina. Ini resepi daripada Baba dan Nyonya.

    Aku suka makan Tang Yuan, saya jugak pernah buatnya tetapi sayangnya sedap sangat dibuat oleh ibu tersayang saya yang bernama Che Rahmah Che Mat. Kalau aku ada kat rumah di sini, selalu jugak aku buat. Biasanya selalu dibuatnya pada musium perayaan di kampung, Kelantan. Well, bukan sebab nak tunjuk rajin atau tunjuk pandai. Jauh sekali... Tapi, sebab aku kedekut wahaha! Serius wey! Aku tak boleh terima la harga Tang Yuan lebih dari RM10 dari Kedai or Restoran di Melaka. Kamon la der, lu setakat campak tepung , lu nak charge mahal-mahal. Bagi akulah, harga sepatutnya bagi semangkuk Tang Yuan adalah RM4.50. Eh tak tak , Rm2.70 (termasuk tax) pon dah kira ekonomis sangat.

    Anyway, bila buat Tang Yuan, selalunya aku pakai biji bijan hitam. Harga dia dalam 2.50 inggit lebih la sebungkus. Tapi tadi aku terfikir, kalau aku pakai kacang merah (sebenar) bukanlah lebih murah? Amek kau, mana kau nak jumpa orang kedekut macam aku ?? Dah murah lagi mau murah kekekekeke....

    Apepon meh aku nak berkongsi resipi Tang Yuan Zhi yang aku baru reka sebentar tadi (alaaa setakat boleh la kau reka, cuba rendang tok, mahu gigil lutut hakhak)

    Tong Yuan Zhi sangat lazat =) Sangat nutritious !
    Budak-budak mesti suka Tong Yuan Zhi ni sebab rasa dia tak berapa masam dan tawar.

    : Bahan-bahan :

    1 cawan tepung beras pulut
    4 anus air
    Gulang perang secukup rasa
    Pewarna makanan (pilihan)*
    Halia segar (pilihan)*
    *terpulang

    : Cara-cara :

    Tuangkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk dan perlahan-perlahan tambahkan air sehingga campuran menjadi tekskur doh. Anda mungkin tidak memerlukan keseluruhan 4 anus air untuk mencapai konsistensi yang betul. Mengguli doh selama kira-kira 5 minit. Anda boleh bahagikan doh pada separuh dan tambahkan pewarna makanan untuk setengah. Menggentas keping doh dan gulung ke bebola kecil. Menggugurkan bebola ke dalam air mendidih dan masak sehingga bebola terapung kira-kira selama 5 hingga 10 minit. Manakala bebola memasak, menyediakan sup manis dengan air mendidih dan menambah gula perang. Halia segar juga boleh ditambah ke sup. Letakkan bebola dimasak ke dalam sup dan hidangkan. Tong Yuan juga boleh disumbat dengan pes yang dibuat mentega kacang, biji bijan hitam, kacang merah, kacang hijau dan lain-lain yang sesuaikan dengan merebus. (terpulang kepada anda)

    Kalau ada sesiapa yang berminat nak cuba boleh la cuba ya. I'm still learning kan, malu pulak nak berkongsi resepi sendiri hihi. Sekali tak sedap mampos haku bila aku buatnya pertama kali tapi selama-lamanya itu sangat sedap. Yummuy!! Dan juga tekak aku kata lazat dan enak, sebab tu aku konfiden update kat blog tauuuuuu kemahenn =')

    Anyway Ramadhan pon dah semakin hampir. Mungkin korang boleh try masak dan jadikan ia hidangkan berbuka buat keluarga? Banyak tau dapat pahala, dah la nak bikin benda ni senang gila hee. Disini aku selitkan satu hadis riwayat Tirzimi no 735 :

    "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang dikurangkan walau sedikit"

    Thank you for reading this entry !

    Isnin, 9 Julai 2012

    Tips on choosing Idol and Qudwah

    Assalamualaikum !

    Alhamdulillah, our thanks Allah S.W.T. are given health to live and work on command. All right. Straight to the point. This time Abang Long named is Firdaus Sedik to tell a little about the idol. Speaking about the idol, which is reflected in the mind is someone who adored and a guide to the 'interest in'.



    If you follow the original word 'idol' (English) that, as all know it means something to be worshipped as gods. But here Abang Long takes meaning from the context of Malay usual this time we hear of someone who is a driver.

    Generally, when the mention of our idol usually correlates well with the appearance, behaviour, and so our words have on the idol. More so for those of us susceptible. Here we can see the appearance our partners - of which their clothes and themselves idols of their influence.



    In this column, this time Abang Long want for tips on how to choose idol or qudwah to the younger brother of all. This tip is a source from his best friend Abang Long - Ustaz Abdul Rahman Ahmad Husni. This is it:

         1. Qudwah most important is the Prophet Muhammad S.A.W. and the any entirely. - No need to deny this as this is paramount and we huddle with Islam.

         2. Next look at the companions r.h.m. and the narrator. - This is also necessary for success in this world and hereafter.

        3. See who is Allah S.W.T. state has one of the characteristics of successful and blessed in teh al-Quran. - In the al-Quran there are many examples of successful stories.

        4. In the hadith of the Prophet Muhammad S.A.W. have mention, for example, seven people who get the auspices of Alllah S.W.T. in the afterlife, tradition that began with: "The most beloved of Allah S.W.T. is ....." - Read and understand the hadith of the Prophet Muhammad S.A.W.

        5. If any among us who want to choose role models from among the Non-Muslim such as imitating the success of the late Steve Jobs, former CEO of Apple Inc. For example, the following is a guide the next:

    • Do not be copied in religion, belief or belief in any faith.
    • Do not copy hi lifestyle if some are negative.
    • His success was not because of his lifestyle or his religion, but as the scientific nature sunatullah earned in advance od and enthusiasm for innovation and creativity so as to become the best in the world in its field.

         6. Choose the right one wishes to be an example. It is not wholesale or "Build in" but must be evaluated and selected carefuuly so that we do not have it wrong and lose direction. Pray to Allah S.W.T. that guided him.

    Until we meet again in other products this blog.

    Wassalam...

    Thank you for reading this entry !

    Selasa, 3 Julai 2012

    Isu: Mencari Idola

    Assalamualaikum !

    "Awak suka siapa?"
    "Kita suka Ultraman Nexus...."
    "Saya pula Power Rangers."
    "Eleh, tak main la semua tu. Kita ni Boboi Boy...Kuasa 3!"
    "Apalah kawan-kawan ni, tak islamik langsung...suka Maher Zain la!"

    Inilah cerita anak-anak dan kawan-kawan termasuk juga dewasa. Cerita yang semua pernah 'berlakon' di dalamnya pada zaman dan generasi, pasti ada idola yang terpahat di hati. Mungkin tidak jelas pada awalnya sebab pemilihan idola tersebut. Mungkin kerana kehebatannya, kerana kuasa 'super' yang dimiliki ataupun kerana sesuatu yang menarik ketika itu. Namun, ia pasti berubah dan semakin terarah setelah semuanya meningkat remaja dan dewasa.

    Idola atau Qudwah?

    Ada pihak yang tidak selesa dengan perkataan idola. Jika diambil daripada asal usulnya, boleh menunjukkan kepada sesuatu yang berbentuk imej atau objek material yang mewakili bentuk penyembahan dan ikutan serta pemujaan kepada sesuatu agama dan anutan mahupun 'kegilaan' kepada individu ssecara membuta tuli. Konotasinya agak bersifat negatif, bukan? Betul tak?

    Nmun begitu, mungkin yang ingin diketengahkan bukanlah maksud asalnya, tetapi penggunaan yang meluas dalam pemakaian semasa merujuk kepada individu yang dijadikan ikutan atau yang sangat diminati sehingga mampu 'memaksa' secara penuh kerelaan untuk mengikut setiap langkah, pakaian, pertuturan, gaya, genre, stail, mahupun karakter. Justeru, bahasa yang paling sesuai dalam lingkungan agama ialah qudwah atau uswah kerana ia lebih terarah, mempunyai objektif dan tidak mengangkat manusia ke darjat 'ketuhanan' sehingga melebihkan tahap kemanusiaannya dan statusnya sebagai makhluk Allah S.W.T jua. Apapun istilahnya, saya yakin yang dimaksudkan dengan idola ialah qudwah dan bukannya idola ketuhanan atau idola berbentuk keagamaan.

    Antara Menyerupai dan Diserupai

    Allah S.W.T juga menganjurkan kita mengambil contoh dan menjadika Nabi S.A.W sebagai ikutan.

    A021

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)."

    Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya 'al-Fawaid' mengungkapkan sebuah syair Arab bermaksud: "Tirulah (serupa seperti) mereka jika kamu tidak mampu menjadi seperti mereka. Kerana menyerupai akan sifat orang-orang yang mulia itu merupakan satu kejayaan." Semua ini menunjukkan kalau ada yang ingin dijadikan contoh ikutan, maka tidak salah bagi yang ingin mengikut itu menyerupai sifat-sifat mulia dan kebaikan yang ada untuk melakar kejayaan dalam kanvas hidup masing-masing.

    Cuma, sudah tentu ada garis panduan yang boleh dijadikan nercara untuk kita memilih siapa yang ingin diikuti dan apa kriteria atau sifat yang ingin diikuti. Panduan umumnya ada pada hadis Nabi Muhammad S.A.W yang mafhumnya: "Sesiapa membuat sunnah yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang setelahnya yang mengamalkan tanpa mengurangi sedikit pun daripada pahala-pahala mereka. Dan sesiapa membuat sunnah yang buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang setelahnya yang mengamalkan tanpa mengurangi sedikit pun daripada dosa-dosa mereka. (Riwayat Muslim, hadis no. 1017)

    Jesteru secara realtifnya boleh difahami daripada hadis di atas, perkara yang boleh ditiru atau dikagumi itu adalah sesuatu yang soleh, memurnikan makna ketaatan, amal yang menyerupai dan yang diserupai. Tetapi jika ia merupakan suatu bentuk dosa, maksiat atau kemungkaran, maka awasilah kerana dosanya dan akibatnya juga bakal dikongsi bersama. Berhati-hati dalam memilih dan mengimbas siapa idola atau qudwahmu, Insya-Allah kejayaan di dunia dan akhirat pasti menjadi milikmu.

    Thank you for reading his entry !