Selasa, 5 Ogos 2014

Resepi: Kek Keju Strawberi Tanpa Bakar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!


Salam 1 Malaysia!... Kembalinya aku di sini.. Aku betul rindu sangat blog ini kerana seronok menulis blog ini.. Best lagi menlucukan dalam ruang blog ini.. Kebetulan, aku sibuk amalan-amalan sepanjang bulan Ramadan seperti solat terawih, bertadarus al-Quran dan lain-lain.. Aku rindu Ramadan, gembira datang Syawal! Alamak?! Sepanjang bulan Syawal, masing-masing sibuk nak buat RUMAH TERBUKA.. Betul tak? Aku ke? Yalah tetapi hanya kecil jemput sanak-saudara sahaja.. Hahaha.. Nak jimatkan duit.. Akukah kedekut? Of course, I'm stingy but enough budget list of ingredients for the Open House..

Kali ini saya menulis blog kongsi resepi daripada Dapur MasterChef dan bertajuk "Kek Keju Strawberi Tanpa Bakar", kamu pernah dengar resepi itu tak? Mungkin ada atau tak?? Ok saya nak beritahu kamu semua sebelum memasak resepi itu.. Aku medapat bahan itu di Cold Storage KLCC dan di sini berjalan makan angin.. Bila saya lihat kedai itu, aku berfikir mahu membeli bahan segar dan ada di dalamnya sediakan yang kedai lain tak ada bahan resepi itu.. So, aku terus beli la..

Bila aku balik ke rumah, aku fikir lebih elok aku terus memasak pencuci mulut ini kerana kek ni perlukan semalam.. Aku baru faham hidangan sejuk makan disedap.. Pastu aku dah menyediakannya dan simpan di dalam peti sejuk bukan tempat berbeku.. Kalau tak, susah nak makan ni kerana dah keras ais.. Hahaha..

Kek Keju Strawberi Tanpa Bakar

:   Bahan-bahan   :

10 gram biskut Oreo (tanpa inti)
50 gram mentega (dilembutkan pada suhu bilik)
110 gram gula aising
120 mililiter krim memasak
200 gram keju krim
1 cawan buah strawberi
1 sudu besar gula putih (boleh ditambah jika buah strawberi terlalu masam)

:   Cara-cara   :

1. Kisar kering biskut Oreo sehingga hancur dan ramas bersama mentega sehingga sebati. Masukkan ke dalam gelas jernih dan padatkan menggunakan sudu. Sejukkan di dalam peti sejuk.
2. Kisar halus buah strawberi tanpa air dab masukkan ke dalam periuk. Campurkan tepung jagung dan gula. Panaskan di atas api sederhana. Kacau sehingga campuran strawberi menjadi pekat dan gula telah larut sepenuhnya. Biarkan sejuk.
3. Di dalam sebuha mangkuk, pukul keju krim bersama gula aising sehingga kembang dan sedikit kental.
4. Masukkan krim memasak yang telah dipukul ke dalam campuran keju krim dan gula. Gaulkan perlahan-lahan sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan keju krim ke dalam gelas yang sudah diisi lapisan biskut, diikuti dengan campuran strawberi yang telah dimasak. Lapiskan kembali dengan campuran keju krim.
6. Sejukkan sekurang-kurangnya satu jam di dalam peti sejuk di bahagian dingin (bukan sejuk beku untuk daging dan aiskrim tau la...hahaha). Semakin tebal lapisan krim keju, semakin lama ia perlu disejukkan di dalam peti sejuk sebelum boleh dimakan.

Selamat bercuba.. Betul lazat kek itu tanpa bakar.. Yummylicious!!! Cuba jangan cuba kalau tak rugilah tau la.. Hahaha..
      Wallahu a'lam

Jazakalllahu Khairan for your reading this entry !

Isnin, 14 Julai 2014

Salam Ramadhan 1435 Hijrah

Assalamualaikum Warahmtullahi Wabaraktuh !!


Salam 1 Malaysia dan apa khabar semua? Gembiranya menyambut bulan Ramadhan? Of course saya gembira, anda semua juga.. Betul tak? Hahaha.. Okey la lamanya tak saya buat update blog ini.. Kebiasaannya kerjaku banyak tak pernah habis dan semakin meningkat sama dengan merupakan menara kertas.. Hahaha...

Saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1435H" kepada semua pembaca blog ini.. Disebabkan ini, saya biarkan update blog kerana saya nak amalan menjalani ibadah puasa dengan sepnuhnya.. Insya-Allah, saya akan kembali pastu hari raya..



Baru ini berlaku di Gaza, saya baru terkejut berita ini dan cepat berdoa untuk Gaza agar mereka di Gaza dapat perlindungan dari kekejaman Zionis.. Ini pembunuhan bukan peperangan.. Saya merayu anda semua doakan Gaza.. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui yg anda doakan Gaza.. Sama dengan dalam al-Quran surah al-'Isra ayat 4-7... Cuba tengok maksudnya dan baru memahami..

Mari kita membantu mereka... Mereka adalah keperluan bantuan anda dengan sangat menyenangkan untuk dilakukan.. Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu untuk Muslimin & Muslimat kita di GAZA ialah

1) Jangan berhenti berdoa

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuahn yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka"
-Daripada doa solat Nazilah

2) Menawarkan bantuan anda dari segi kewangan dalam akaun:

* Tidak bergambar *
P/S: Lihatlah alamat link, Aman Palestin..

ATAU

Perintah yang kredit lebih, boleh menyumbang...
Cara mudah derma melalui SMS, jenis Palestin <jarak> 10 hantar ke 39111. Boleh juga RM1, RM3, RM5 dan RM10...

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman:
"Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekufuran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Anfaal 8:35)

Pilihan adalah tangan anda!

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Khamis, 22 Mei 2014

Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) 2014 ke-2

Assalamualaikum Warahmtullahi Wabarakatuh !


Salam 1 Malaysia kepada para pembaca blog ini.. Kembali lagi blog ini, kali ini saya akan maklumat tentang tajuk atas ini.. Sebelum ini mulakan, sejak kebelakangan saya sibuk sangat tak ada masa untuk kemaskini blog ini kerana banyak kerjaku perlu diselesaikan.. Disebabkan ini, saya sebagai pembantu akaun di Syarikat Terkenal Dunia, Lafarge.. Aduhayi!! Syarikat terbesar yang saya tak mampu diselesaikan kerja tetapi Insya-Allah semuanya baik..

Okey la saya nak beritahu anda semua.. Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) akan dilaksanakan program ini empat kali setahun dan yang pertama bermula pada bulan Mac (1-2 Mac 2014).. Alhamdulillah semua peserta yang menghadiri belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan juga mereka dah pandai kerana cepat belajarnya.. Semuanya lancar dengan baik..

It's very funny when learn to sign language...

kembali ke kelas BIM ke-2 pada Hari sabtu dan Ahad bersamaan 7-8 Jun 2014.. Datang la belajar bahasa isyarat untuk mendapat ilmu yang baru.. Mengapakah?? Saya nak masyarakat minta belajar bahasa isyarat kerana masyarakat pekak perlukan pertolongan anda semua.. Tolonglah mereka, cukup dapat pahala..

Kalau anda semua berminat nak belajar bahasa isyarat, silakan boleh datang tapi jangan lupa anda semua beritahu kawan-kawan yang lain.. Jangan risau, ada cikgu dari segi masalah pendengaran dan dia pakai alat pendengaran akan membantu berkomunikasi macam aku..

Datang lah dan jom belajar bahasa isyarat! Agar kongsi pengalaman dengan pekak. Kerana aku sudah belajar pengalaman dari orang normal macam anda sekarang.. Macam berkongsi bekerja, isu-isu sekarang yang apa berlaku di Malaysia.. Ok sudah masa, aku nak beritahu kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan cuba lihat gambar di bawah..

Details Kelas BIM 2014 ke-2

Datang la belajar bahasa isyarat.. Tidak perlu bayaran, percuma sahaja... Best la.. =D

Kalau anda berminat nak mempelajari dan mengenal Bahasa Isyarat Malasyia (BIM) dengan cikgu yang bertauliah BIM, boleh datang la tetapi jangan lupa anda kena mesej melalui telefon di gambar itu atau e-mail, clayzeon@gmail.com untuk dapatkan maklumat lanjut dengan lengkap..

Dalam mesej melalui e-mail, please tuliskan di bawah:
  1. Tajuk subjek: Kelas Bahasa Isyarat Malaysia 2014 ke-2
  2. Tuliskan nota, nama anda, telefon anda, e-mail anda dan bertanya apa-apa tentang Kelas BIM 2014
  3. Pastu click SEND. Dan tunggulah saya akan balas mesej anda.
Tolong maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain dan sesiapa nak berminat belajar Bahasa Isyarat, boleh datang ke Kelas pada hari Sabtu dan Ahad (7-8 Mac 2014)..
     Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Jumaat, 28 Mac 2014

Kenyang ada Batasnya

Assalamualaikum Warahamtullahui Wabarakaatuh !


Hmm... Peningnya aku nak update blog ini tetapi aku nak menulis tajuk apa?? Malas nak berfikiran dan biasanya saya ada banyak idea tentang kehidupan berkaitan kesihatan, pendidikan, isu semasa dan lain-lain.. Bila aku lihat apa berlaku di masyakarat sekarang, baru saya dapat idea sebuah cerita. Baru aku diterima berita #MH370 dijumpa di Lautan Hindu. Alhamdulillah tetapi Lautan Hindu itu sangat bahaya kerana air dia sangat kedalaman mungkin 4,000 meter dan ombak kuat yang bergelora nak susah mencari #MH370.. Sedihnya aku bila mendengar berita diumumkan, Dato' Najib, Perdana Menteri Malaysia. al-Fatihah untuk mangsa dan krew #MH370..


Kali ini saya akan menulis blog tib nabawi bertajuk ialah di atas. Makanan yang dijamah mempunyai manfaat apabila dimakan pada waktu dan dengan ukuran yang tepat. Makan terlalu sedikit akan menyebabkan tubuh lemah. Makan secara berlebihan pula boleh menyebabkan timbulnya penyakit.

Abu Talhah pernah berkata kepada Ummu Sulaim: "Saya mendengar suara Rasulullah S.A.W. lemah, saya tahu itu disebabkan rasa lapar." (Riwayat al-Bukhari)

Demikianlah, kurang makan akan menyebabkan tubuh menjadi lemah. Rasulullah S.A.W. bersabda: "Seseorang tidaklah mengisi kantung yang lebih buruk daripada perut. Cukuplah seseorang makan beberapa suap makanan yang boleh menegakkan tulang belakangnya. Jika perlu (makan banyak, maka maksimumnya) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (Riwayat al-Tirmizi)



Kenyang yang Dibolehkan

Sememangnya kita sedia maklum bahawa makan berlebihan boleh menyebabkan timbulnya penyakit. Tetapi sekiranya keadaan kenyang tidak berlaku terus menerus, maka hal tersebut tidak mengapa.

Dalam Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Abu Hurairah pernah minum susu sehingga beliau mengatakan: "Demi Allah, wahai Rasulullah saya sudah tidak mendapati jalan masuk lagi (untuk minum)."

Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas berkenaan makanan yang menjadi banyak berkat doa Nabi Muhammad. "Maka mereka (para sahabat) makan sehingga kenyang."

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Abu Bakar tentang para sahabat yang merupakan kebanyakan anggota satu kabilah ketika dijamu kambing sedangkan jumlah mereka ketika itu 130 orang dan disebutkan: "Kami semua makan sehingga kenyang." (Riwayat al-Bukhari)

Al-Hafiz Ibn Hajar telah mengumpulkan ucapan beberapa orang ulama mengenai kenyang dalam kitab Fath al-Basi Syarh Sahih al-Bukhari, bab "Sesiapa Makan Sampai Kenyang."

Beliau berkata: "Ibn Baththol berkata: 'Hadis-hadis ini menunjukkan dibolehkan kenyang sekalipun kadang-kadang tidak kenyang itu lebih utama.'"

Imam al-Tabari berkata: "Meskipun pada dasarnya hukum kenyang adalah harus, namun ia ada batasnya. Sekiranya melebihi yang sepatutnya, ia boleh dikategorikan sebagai berlebih-lebihan."

Yang dikatakan harus ialah kenyang yang membantu seseorang untuk menjalankan ketaatan kepada Tuhannya dan makanan itu tidak samapai melalaikannya daripada melaksanakan kewajipannya."

Imam al-Qurtubi berkata dalam al-Mufham, ketika menyebutkan kasih Abu Haitsam ketika Nabi menyembelih seekor kambing untuknya dan dua orang sahabatnya, 'Merekapun makan sampai kenyang'. Dalamnya terdapat dalil mengenai dibolehkan kenyang.

Adapun hadis yang melarang kenyang ditafsirkan bahawa kenyang tersebut ialah yanag memberatkan perut dan menghalang daripada melaksanakan ibadah dan menyebabkan seseorang itu sombong, angkuh, dan malas. Hukum makruh ini boleh menjadi haram sesuai dengan kesan negatif yang ditimbulkannya.

Tingkatan Kenyang

Imam al-Ghazali berkata dalam al-Ihya' bahawa hadis ats-tsuluts (sepertiga) ini diceritakan kepada seorang ahli falsafah maka dia berkata:
      "Saya tidak pernah mendengar ucapan mengenai menyedikitkan makanan yang lebih bijaksana daripada ini."

Dalam al-Ihya' juga disebut bahawa tingkatan kenyang ada tujuh.



Menurut Ibn Qayyim al-Jawziah dalam al-Tib al-Nabawi, Nabi Memberitahu bahawa memadai makan berberapa suap makanan yang boleh menegakkan tulang belakangnya sehingga kekuatannya tidak berkurangan dan badannya tidak lemah.

Tetapi jika lebih daripada itu, hendalah dia makan maksimumnya sepertiga perut, membiarkan sepertiga lainya untuk tempat air dan sepertiga lagi untuk nafas. Ini merupakan makanan yang paling bermanfaat untuk badan dan hati. Sesungguhnya sekiranya perut seseorang penuh dengan makanan, maka tempat untuk minumannya menjadi sempit.

Jika tempat itu diisi dengan minuman, maka tempat bernafas menjadi sempit dan ia akan ditimpa kesukaran dan kepayahan seperti orang yang sedang memikul beban berat. Di samping itu hal ini boleh mengakibatkan hati menjadi rosak, tubuh badan menjadi malas untuk melaksanakan ketaatan, mudahnya ia bergerak mengikut syahwat.

Oleh itu, perut yang penuh dengan makanan akan membahayakan hati dan badan. Kenyang yang berlebihan melemahkan kekuatan badan meskipun ia boleh menyuburkannya. Kekuatan badan itu terbentuk berdasarkan zat yang diserapkannya bukan daripada banyaknya dia makan.

Akibat Berlebihan Kenyang

Salah satu akibat berlebihan mengambil makanan berdasarkan perubatan moden adalah kegemukan (obesiti). Kadang-kadang kegemukan ini disertai dengan meningkatnya bahaya penyakit-penyakit pembuluh darah jantung seperti lemah jantung, kenaikan tekanan darah, kenaikan kandungan lemak dalam darah dan sebagainya . Tidak diragukan bahawa pembekuan darah pada pembuluh darah jantung mempunyai kaitan dengan kegemukan.

Sekiranya berat badan bertambah, pelbagai masalah boleh berlaku, antaranya:

  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan  jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestral darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Penyakit hati
  • Barah usus
Hal ini berkait rapat dengan kelebihan mengambil makanan khususnya makanan yang kaya dengan lemak. Ia merupakan masalah yang biasa berlaku dalam masyarakat. Antara cara terbaik untuk merawat kegemukan ialah meningkatkan aktiviti fizikal dengan melakukan senaman.


Bagi wanita, melakukan kerja-kerja rumah juga merupakan senaman yang baik. Bagi lelaki pula, berkebun merupakan senaman yang baik. Sebenarnya banyak lagi senaman yang boleh dilakukan seperti berjalan kaki, menaiki tangga, bersenam, berlari, berjoging, berbasikal, berenang, bermain bola, tenis, berjalan-jalan dan sebagainya. Semua aktiviti ini boleh menyebabkan tubuh kita menjadi sihat dan kuat.
       Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Rabu, 12 Februari 2014

Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) 2014 ke-1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh !


Salam 1 Malaysia kepada para pembaca blog ini.. Kembali lagi blog ini, kali ini saya akan maklumat tentang tajuk atas ini.. Sebelum ini mulakan, sejak kebelakangan saya sibuk sangat tak ada masa untuk kemaskini blog ini kerana banyak menyertai persatuan walaupun saya dipertanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.. Huhu peningnya aku la... Tak mudah kehidupan ini walaupun saya ada banyak hal yang diselesaikan.. Aduhayi! Haha >,<

Okey la saya nak beritahu anda semua.. Kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) akan dilaksanakan program ini empat kali setahun dan yang pertama bermula pada bulan Mac (1-2 Mac 2014).. Kalau anda semua berminat nak belajar bahasa isyarat, silakan boleh datang tapi jangan lupa anda semua beritahu kawan-kawan yang lain.. Jangan risau, ada cikgu dari segi masalah pendengaran dan dia pakai alat pendengaran akan membantu berkomunikasi macam aku..

Baru bulan yang lepas, ramai orang nak menyertai kelas BIM dengan semangat. Saya teruja mereka nak mempelajari dan mengenal Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Mengapakah mereka nak menyertai kelas BIM? Ada sebab tertentu mereka nak menyertai kelas BIM kerana mungkin ada masalah berkomunikasi atau berminat dengan bahasa isyarat.. Siapakah mereka? Dia ialah pelajar Universiti Iskandar (Mesir), seorang jururawat Institut Jantung Negara (IJN), budak sekolah rendah dan menengah dan ramai orang yang aku tak mengingati.. Haha XD

Kali ini saya akan menunjukkan gambar details kelas BIM pada tahun yang lepas.. It's fun when I am happy together with them whom want to learn sign language in simple and higher class.. After that BIM class finished, we are going to famous restaurant because there are share what you want story in deaf culture and fun as "LEPAK" but with use sign language.. Haha XD

Why? They want curious to know recognize deaf culture... I was explain to understand and finally they are understand.. Some of them, he say "Inconvenient it made ​​me imagine that I have a hearing problem." But I wonder you do best to deaf culture like to draw attention to us.. So that we can communicate easily.. I agree what he said it..

It's very funny when learn to sign language...

Datang lah dan jom belajar bahasa isyarat! Agar kongsi pengalaman dengan pekak. Kerana aku sudah belajar pengalaman dari orang normal macam anda sekarang.. Macam berkongsi bekerja, isu-isu sekarang yang apa berlaku di Malaysia.. Ok sudah masa, aku nak beritahu kelas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan cuba lihat gambar di bawah..


Details Kelas BIM 2014

Kalau anda berminat nak mempelajari dan mengenal Bahasa Isyarat Malasyia (BIM) dengan cikgu yang bertauliah BIM, boleh datang la tetapi jangan lupa anda kena mesej melalui telefon di gambar itu atau e-mail, clayzeon@gmail.com untuk dapatkan maklumat lanjut dengan lengkap..

Dalam mesej melalui e-mail, please tuliskan di bawah:
  1. Tajuk subjek: Kelas Bahasa Isyarat Malaysia 2014
  2. Tuliskan nota, nama anda, telefon anda, e-mail anda dan bertanya apa-apa tentang Kelas BIM 2014
  3. Pastu click SEND. Dan tunggulah saya akan balas mesej anda.
Tolong maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain dan sesiapa nak berminat belajar Bahasa Isyarat, boleh datang ke Kelas pada hari Sabtu dan Ahad (1-2 Mac 2014)..
     Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Rabu, 29 Januari 2014

Sebarkan Salam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


Rasulullah S.A.W. bersabda: "Kamu semua tidak akan dapat masuk syurga sehingga kamu benar-benar beriman. Dan tidak sempurna imanmu sehinggalah kamu saling berkasih sayang. Mahukah aku ajarkan kepadamu amalan yang akan menimbulkan kasih sayang? Sebarkanlah salam dalam kalangan kamu." (Riwayat Muslim)

Salam 1 Muslim dan Muslimat di seluruh dunia.. Saya, Muhammad Fakhrurazzi Bin Mat Sedik akan menyampaikan sebuah dakwah hadis bertajuk "Sebarkan Salam" pada Hari Rabu masa kurang lebih 12.00 tengah hari.. Dalam pejabat, aku buat update blog ini dengan senyap tetapi tak banyak taip ceritakan ini.. Kerana saya sentiasa sibuk dengan kerja aku sekarang.. Kita sebarkan salam kepada kalangan saudara Islam yang ditemui.. Agar mendapat pahala yang dihargai.. Bila jumpa seseorang, memberi salam dulu.. Itulah memang lebih baik..

Demikianlah hebatnya amalan memberi salam sehingga ia menjadi faktor penting untuk mendapat ganjaran syurga. Bahkan Rasulullah S.A.W. juga mengajar umat Baginda agar mengucapkan salam ke atas diri masing-masing dan semua hamba Allah yang soleh dalam setiap bacaan tahiyat dalam solat dengan lafaz assalamualaina wa 'ala ibadillahi solihin.

Salam = Doa

Menurut Syeikh Ibn Uthaimin dalam Syarh Riyah al-Solihin: "Apabila seseorang mengucapkan salam, bermakna dia berdoa agar Allah menyelamatkan saudaranya itu dari sebarang penyakit, selamat daripada kejahatan-kejahatan manusia, selamat daripada terjerumus ke dalam maksiat, selamat daripada segala keburukan."

Lafaz "al-salam" ialah salah satu daripada nama-nama Allah yang mulia. Hal ini bereti hanya Allah yang berkuasa melimpahkan keselamatan dan kesejahteraan kepada setiap hamba-Nya.

Maka ketika mengungkapkan lafaz tersebut, hati setiap Muslim mestilah selaras dengan ucapannya, iaitu mendoakan kebaikan saudaranya serta merasakan hanya Allah yang berkuasa menganugerahkan kesejahteraan tersebut.


Alangkah indahnya apabila ucapan ini selalu ditujukan kepada isteri, suami, anak-anak, rakan sepejabat, sahabat handai, jiran tetangga, sesama jemaah masjid dan setiap saudara Islam yang ditemui.

Adab Memberi Salam

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Hendaklah orang di atas kenderaan memberi salam kepada yang berjalan, yang berjalan memberi salam kepada yang duduk, yang sedikit memberi salam kepada yang lebih dewasa." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W. juga sentiasa mendahului para sahabat dalam memberi salam termasuklah kepada kanak-kanak yang sedang bermain di tepi jalan. Baginda menegaskan bahawa orang yang lebih utama di sisi Allah ialah yang memulakan salam. Bahkan sekiranya beberapa orang sedang berjalan dalam satu kumpulan, lalu berpisah seketika disebabkan halangan pokok atau batu yang besar di tengah jalan, maka digalakkan memberi salam apabila bertemu kembali selepas halangan tersebut.

Baginda bukan sahaja memberitahu kelebihan salam, tetapi menjadi insan yang paling istiqamah mengamalkan apa-apa yang disampaikan. Demikian juga dalam aspek lafaz salam, ia mestilah diucapkan dengan betul dan lengkap kerana ia membezakan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah.

Ucapan "assalamualaikum" mendapat sepuluh pahala. Ucapan "assalamualaikum warahmatullahi" mendapat dua puluh pahala. Ucapan "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" mendapat tiga puluh pahala.

Kirim Salam

Amalan ini diharuskan berdasarkan hadis yang diceritakan oleh Sayidatina Asiyah bahawa Rasulullah bersabda kepadanya: "Wahai Aisyah, Jibrail menyampaikan salam kepadamu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun, amalan "kirim salam" kepada Rasulullah sekiranya ada sahabat atau ahli keluarga yang ingin berkunjung ke Kota Madinah, adalah kurang tepat.

Ucapan salam dan selawat kepada Baginda boleh di ucapkan di mana sahaja kita berada dan ia pasti akan disampaikan kepada Baginda oleh malaikat yang ditugaskan khusus oleh Allah. Jadi, hendaklah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam kepada Baginda sebagai bukti kecintaan kita kepada Baginda.

Menjawab Salam Orang Bukan Islam

Apa yang harus dilakukan sekiranya seseorang bukan Islam mengucapkan salam kepada kita?

Jawapan yang diajar oleh Nabi ialah mengucapkan "wa'alaikum" yang bermaksud "dan ke atas kamu juga apa yang kamu doakan kepadaku." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sekiranya orang bukan Islam itu menyebut "al-samu 'alaikum" yang bermaksud "celakalah ke atas kamu" maka akan kembali kepada dirinya kecelakaan itu. Sekiranya dia menyebut dengan lafaz salam, bermakna kita mendoakan agar kesejahteraan juga kembali kepadanya dengan harapan ia mendapat hidayah kepada orang Islam pada suatu hari.

Sebarkan Sayang dengan Salam

Marilah kita menghidupkan sunnah ini. Sebarkan kasih sayang melalui salam. Mulakan dengan menghadiahkannya kepada insan-insan yang kita sayangi. Bayangkan apabila kita saling memberi dan menjawab salam, ini bermakna kita sedang saling mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain.

Usah ditunggu orang di sekeliling untuk memulakannya, bahkan kitalah yang mendahului memberi salam kerana itulah yang diamalkan oleh Rasulullah. JIka benar cinta kepada Baginda, kita pasti akan bersungguh-sungguh untuk membuat apa yang disukainya. Pepatah Arab menyebut: "Sesungguhnya seseorang yang mencintai pasti mentaati orang yang dicintainya."
      Wallahu a'lam

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !

Ahad, 12 Januari 2014

Miliki Hati Seterang Bintang

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh !


Salam 1 Muslim dan Muslimat di Malaysia.. Aku akan ceritakan tentang tafsir dalam Bahasa Jawi yang aku kurangkan faham faktanya.. Kali ini saya bincang dengan ibu bapa saya.. Dalam al-Quran Surah al-Nur ayat 35:

24:35

Maksud ayat

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca.

"Kaca itu seakan-akan bintang seperti mutiara, yang dinyatakan dengan minyak daripada pohon yang banyka keberkatanna; pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hamipr-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

"Cahaya atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbang kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memberi perumapamaan-perumapamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al-Nur 24:35)

Detail Google Image: Langit

Pada dasarnya seluruh alam semesta berada dalam kegelapan. Kemudian Allah memberikan cahaya-Nya pada tempat tertentu. Perhatikan langit dan angkasa. Semuanya gelap, kemudian Allah menjadikan bintang, matahari dan bulan sebagai sumber cahaya yang menerangi sekelilingnya.

"Allah memberi cahaya pada segala sesuatu yang ada langit dan bumi."

Ali bin Abi Talhah meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa ayat ini bermaksud Allah memberikan petunjuk kepada penduduk langit dan bumi.

Demikan juga terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Jarir dalam Tafsir beliau bahawa Anas bin Malik berkata, "Allah berfirman, maksud Nur-Ku ialah petunjuk-Ku."

Ibn Juraij mengemukakan pandanagan bahawa maksudnya ialah Allah mengatur urusan di langit dan bumi iaitu urusan bintang-bintang, matahari dan bulan.

Nur Allah

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk-Nya dalam kegelapan, lalu Dia melemparkan kepada mereka suatu cahaya daripada cahaya-Nya. Maka sesiapa yang terkena cahaya itu, dia mendapat petunjuk, dan siapa yang terlepas daripadanya maka dia sesat." (Riwayat al-Bazzar)

Menurut al-Nasafi dalam Tafsirnya dan al-Suyuti dalam al-Dur al-Manthur, daripada Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Ubay bahawa Allah memberikan cahaya-Nya kepada orang beriman yang menjadikannya berada dalam nuangan cahaya Allah. Ayat ini merujuk kepada Mukmin yamh berpegang teguh kepada iman dan al-Quran dalam hatinya.

Terang VS Gelap



Terang dan gelap jauh berbezanya. Tidak sama keadaan orang yang berada di tempat terang dengan orang yang berada di tempat gelap. Allah memberi ingatan:

35:19
35:20
35:21

"Dan tidalkah sama orang yang buta dengan orang yang melihat dan tidak pula sama gelap gelita dengan cahaya dan tidak pula sama yang teduh dengan yang panas." (Surah Fatir 35:19-21)

Hati Nan Bercahaya

Ubay berkata apabila Mukmin menjadikan iman dan al-Quran dalam hatinya maka itulah bandingan dadanya seperti misykah (lubang yang tidak dapat ditembusi).

Pelita besar itu ialah al-Quran yang berada dalam dadanya. Kaca pula ialah hatinya yang bertindaj menjaga al-Quran itu.

Manakala seakan-akan bintang yang berkelipan seperti mutiara adalah bandingan hati yang disinari oleh al-Quran dan keimanan.

Seterusnya maksud ia dinyalakan oleh minyak daripada pohon yang banyak keberkatannya ialah keikhlasan yang bertapak dalam diri Mukmin.

Pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya. Keadaan ini pula merujuk pada kondisi Mukmin yang sentiasa mendapat penjagaan daripada Allah. Dia akan selamat daripada fitnah.

Walaupun ditimpakan ujian dia akan diberikan kekuatan oleh Allah. Kehidupannya tidak terkeluar daripada empat perkara:
  • apabila becakap dia akan berlaku benar;
  • ketika membuat keputusan dia bersikap adil;
  • sekiranya mendapat suatu anugerah dia akan bersyukur; dan
  • jika menghadapi ujian dia akan bersabar.

Keadaannya sama seperti seorang manusia yang hidup berjalan di antara kuburan manusia yang telah mati.

Cahaya Atas Cahaya

Cahaya atas cahaya (berlapis-lapis), pula ditafsirkan dengan lima cahaya yang diperoleh oleh Mukmin; kata-katanya cahaya, amalannya cahaya, tempat masuk dan keluar merupakan cahaya lalu disempurnakan baginya cahaya yang terakhir iaitulah syurga yang akan menjadi tempat kembalinya di akhirat.

Sebaliknya orang yang ingkar pula kata-katanya kegelapan, kerjanya adalah kegelapan, tempat keluar dan masuknya kegelapan dan kesudahannya di akhirat juga kegelapan iaitu neraka. Nauzubillah!

Si Kafir tidak ubah seperti mayat yang hidup dalam kalangan manusia, dia tidak mengerti tanggungjawab kepada orang lain. Demikianlah mafhum tafsiran Ubay bin Kaab seperti yang dikemukakan dalam Tasfir al-Dur al-Manthur.

Apabila nur Allah menerangi hati seseorang, ia menyebabkan wajah dan hatinya diliputi cahaya. Hasilnya apabila cahaya meliputi seseorang yang beriman maka kata-katanya bertindak bagai ubat yang menenangkan para pendengar.

Betapa tidak! Seseorang Mukmin yang menikmati petunjuk dalam hatinya hinga menjadikan ihklas dalam segala tindak tanduk. Suatu perkara yang akan menpengaruhi akhlaknya menjadikan orang lain senang.

Sebaliknya orang yang tidak beriman pada Allah berada dalam kgelapan. Kata-katanya menyakitkan hati, perilaku dan akhlaknya menimbulkan keresahan bagi orang di sekitarnya.

Hidupnya penuh pembohongan dan penipuan, ke sana ke mari dia memandu manusia berpandukan syahwat dengan menawarkan kesenangan yang bertanduk fatamorgana. Orang yang mengikutinya sering terjebak dalam keseronokan yang menipu, yang terakhir dengan kesengsaraan dan derita.

Akhirnya sekali Allah menutup firman-Nya dalam perumpanaan ini:

"Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memberikan perumpanaan-perumpanaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

      Wallahu a'lam.

Jazakallahu Khairan for your reading this entry !